Monday, November 12, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari ini saya akan berkongsi antara tempat-tempat menarik di Ipoh.

 

1. Memory Lane

 

 

 Memory Lane atau dikenali sebagai 'loken','pasar karat' menjadi tumpuan utama orang yang tinggal di sekitar Ipoh.Pasar ini hanya ada pada hari Ahad sahaja bermula pukul 6.00 pagi hingga 12.30 tengahari.Pelbagai jenis barangan dijual di sini samada baru mahupun lama.Ada juga pengunjung yang datang daripada luar kawasan Perak seperti KL,Kelantan dan sebagainya.Jika ingin  mengunjung ke sini,pastikan anda membawa duit yang secukupnya kerana anda pasti ingin membeli barang walaupun satu sahaja.


2.Padang Polo

 


Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) merupakan tempat untuk beriadah samada dengan keluarga,rakan,rakan atau pasangan masing-masing pada waktu petang. Terdapat banyak aktiviti-aktivi yang boleh dilakukan di sini antaranya bersenam,berjogging,berbasikal dan lain-lain.Di sini juga ada peniaga-peniaga yang menjual makanan dan minuman sebagai contoh laksa,keropok lekor,teh ais dan milo ais kepal.

3.MIKER FOOD

 

Bagi anda yang meminati makanan-makanan barat,anda harus datang ke sini.Restoran ini berada di Padang Ipoh dan berhadapan dengan St. Michael Institution.Kebiasaannya,restoran ini akan penuh dengan orang ramai pada waktu malam.Makanan-makanan yang dihidang di sini termasuklah burger,chicken chop,lamb chop & pizza.Pastikan anda datang awal untuk merasa makanan di sini.

4. Lata Ulu Chepor

 

 

Tempat di mana anda boleh mandi air terjun,berkelah dan mandi-manda.Sesuai untuk ahli keluarga,kawan-kawan hujung minggu yang inginkan ketenangan dan tempat untuk hilang stres.Ulu Chepor berada di Chemor dan 10km dari Ipoh.Hati-hati dengan batu besar yang agak licin dan pokok buluh ketika berada di sini.

5. MAPS Perak


MAPS(Movie Animation Park Studio) merupakan taman tema yang terletak di Bandar Meru Raya,Ipoh.Mempunyai banyak tarikan berdasarkan animasi seperti Dreamworks Animation dan The Smurfs.Dibuka pada hari isnin hingga jumaat(kecuali rabu),bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang manakala hujung minggu,cuti umum dan cuti sekolah,bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam.Anda boleh melihat harga tiket bagi dewasa dan kanak-kanak secara 'online' di www.mapsperak.com.Bagi yang tidak tahu tempat bercuti pada cuti sekolah atau hujung minggu,digalakkan datang ke sini.


Ini sahaja antara tempat-tempat menarik di Ipoh yang dapat saya kongsikan.Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah.Sekian,terima kasih.